NILAM


  
 Apakah itu Program NILAM?
 
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Apakah rasional Program NILAM dilaksanakan?
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan.

Aakah matlamat Program NILAM?

 dalam kalangan murid.
 Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.

• Menjadikan murid banyak membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini


 Apakah komponen yang terdapat dalam Program NILAM?

Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.




Lagu Nilam


Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari








Panduan Program Nilam Tahap Kedua : Tahap Rakan Pembaca. (RP)


Sementara tahap pertama (tahap Jauhari) Program Nilam adalah untuk membina kemahiran dan menanam minat suka membaca, tahap kedua pula membantu perkembangan penggunaan bahan dan peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam pelbagai jenis aktiviti membaca.

Ciri-ciri tahap kedua Nilam.
  • mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca
  • penekanan pada kebolehan pelajar untuk membimbing dan menarik minat pelajar lain supaya turut suka membaca.
  • syarat penyertaan ialah seseorang pelajar telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku dalam tahap pertama.
  • aktiviti tahap Jauhari perlu diteruskan bagi pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti tahap Rakan Pembaca.

Contoh aktiviti untuk mengumpul markah bagi tahap RP:


Sesi Aktiviti
Bil Sesi
Bil Pendengar
Markah
1.
Bercerita – di mana pelajar RP itu menceritakan kandungan sesebuah buku yang dibacanya kepada bilangan pelajar yang tertentu. Interaksi soal-jawab berkenaan kandungan buku itu adalah tanda kejayaan sesi itu dan diberi markah oleh guru pembimbing RP.

1 sesi
3 pendengar
3 markah
5 pendengar
5 markah
6 atau lebih pendengar
5 markah*
2. 
Membaca bersama – di mana pelajar RP membimbing sekumpulan pelajar membaca sesebuah buku. Sebaik-baiknya setiap pelajar mempunyai senaskah buku yang berkenaan. Pelajar RP perlu ada ide isi-isi utama dalam buku itu dan apakah pengajaran yang didapati setelah membaca buku itu.

1 sesi
3 pendengar
3 markah
5 atau lebih pendengar
5  markah*
3.
Meminjam Buku - di mana pelajar RP meminjamkan  buku yang telah dibacanya kepada rakan-rakannya dan si peminjam  telah membaca buku itu serta menulis synopsis buku itu secara sendiri.

1 buku
2 peminjam
2 markah
5 atau lebih peminjam
5 markah*
4.
Ulasan Buku - di mana pelajar RP dapat menyampaikan semula kandungan utama sesebuah buku yang telah dibacanya dengan ayat-ayat sendiri kepada sekumpulan pendengar. Sinopsis buku perlu diberi kepada pendengar sebelum sesi bermula. Masa minimum untuk ulasan satu buku ialah 7 minit (sekolah menengah). Ulasan buku semasa perhimpunan sekolah dikira sebagai satu sesi dan diberi 5 markah.

1 sesi
3 pendengar
3 markah
5 atau lebih pendengar
5  markah*
5. 
Bicara Buku - di mana pelajar RP membicarakan kandungan sesebuah buku kepada sekumpulan pendengar. Pelajar RP itu perlu boleh membentangkan inti pati kandungan buku itu secara menarik dan menimbulkan minat yang tinggi di kalangan pendengarnya supaya mereka sendiri akan membaca buku itu kelak.

1 sesi
3 pendengar
3 markah
5 atau lebih pendengar
5  markah*
6. 
Debat Buku - di mana pelajar RP mengetuai satu sesi debat terhadap kandungan sesebuah buku. Prasyaratnya ialah semua pelajar yang terlibat telah membaca buku itu. Pertukaran pendapat yang agresif tentang kandungan buku itu adalah petanda sesi itu berjaya dan layak diberi markah.

1 sesi
3 pendengar
3 markah
5 atau lebih pendengar
5  markah*
7.
Pidato (public speaking) – di mana pelajar RP dapat menceritakan kandungan sesebuah buku di khalayak ramai dengan gaya penyampaian dan gerak geri anggota badan untuk mengukuhkan hujahnya dengan matlamat tulen iaitu di akhir sesi pidatonya, pendengarnya akan berminat untuk membaca buku itu.

1 sesi
5 atau lebih pendengar
5  markah*

* markah maksimum untuk satu sesi ialah 5 markah.

Nota : 1. Banyak sesi boleh diadakan untuk sebuah buku.
          2. Pelajar RP, pendengar dan peminjam perlu datang dari sekolah yang sama    
              untuk penyemakan kesahan sesi.


Cadangan Sumber Bahan Bacaan

          Pusat sumber Sekolah
          Perpustakaan Awam Negeri
          Perbadanan Perpustakaan Awam
          Perpustakaan Begerak
          Perpustakaan Desa
          Perpustakaan Keluarga
          Perpustakaan Persendirian
          Kedai-kedai Buku.
          Koleksi buku-buku atas talian seperi Google Books dan perpustakaan atas talian.


Sistem Ganjaran RP

Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh pelajar direkodkan dalam Buku Nilam Tahap Rakan Pembaca yang boleh dibeli dari kedai koperasi. Sesi yang diadakan akan disahkan dan diberi markah oleh guru-guru pembimbing rakan pembaca. Pemberian markah adalah seperti berikut:

MARKAH
PENGIKTIRAFAN
100 – 199
GANGSA
200 – 299
PERAK
300 – 399
EMAS
400 KE ATAS
NILAM

Selamat mengambil bahagian dalam Nilam tahap Rakan Pembaca.