Thursday, April 5, 2012

KURSUS MOTIVASI KEPIMPINAN PUSTAKAWAN

Seramai 21 orang Pustakawan dari SK Tebok Jawa telah dihantar untuk mengikuti Kursus Motivasi Kepimpinan anjuran bersama Unit Kausling,Badan Disiplin dan Unit Pusat Sumber Sekolah.

Kursus tersebut diadakan pada

Tarikh: 31 Mac 2012
Hari:Sabtu
Masa:7.30 pagi hingga 5.00 petang.
Tempat:Institut Perakaunan Negara, Sungai Lang.

Pada sessi pagi mereka berpeluang mengikuti slot  ice breaking oleh Ustaz Hj Mohd Basri b Hj Sirat(Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Sabak Bernam. Untuk Slot kedua ialah Ceramah Motivasi Kepimpinan oleh Ustas Mohd Zamri b Samsudin(Pen PPD siasatan/aduan)



Pada sessi petang mereka dibawa melawat perpustakaan di Institut Perakaunan Negara, Sungai Lang. Di sini mereka berpeluang melihat suasana perpustakaan di institute pengajian tinggi. Mereka juga menerima taklimat dari pegawai perpustakaan yang bertugas bagaimana sistem pinjaman buku dijalankan. 
disamping itu juga pegawai tersebut menceritakan kepada para peserta kerjaya sebagai seorang pegawai perpustakaan.Peserta juga ditunjukan bagaimana cara penyusunan buku dan juga perkara yang perlu dilakukan dalam memperoses buku perpustakaan.





Selesai sessi lawatan peserta menjalankan kerja amali iaitu memproses buku perpustakaan yang dibawa khas dari perpustakaan sekolah oleh Guru Penyelaras Media sekolah.

Program pada petang itu diakhiri dengan penyampaian watikah perlantikan sebagai pustakawan bagi sessi 2012





Peserta menikmati jamuan minum petang di cafeteria


No comments:

Post a Comment