VISI DAN MISI




2.1           VISI *



Membentuk Budaya Ilmu Ke Arah Kecemerlangan Warga Sekolah Menjelang Tahun 2012

2.2           MISI *
Selaras dengan hasrat mencapai kecemerlangan sekolah,pusat sumber sekolah akan :
MENJADIKAN PUSAT SUMBER SEBAGAI AGEN PENYEBARAN ILMU DAN MAKLUMAT. MENYEDIAKAN PRASARANA YANG KONDUSIF DAN PERKHIDMATAN MESRA PELANGGAN.MENGGALAKKAN DAN MENGAMALKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN SUMBER MAKLUMAT SECARA OPTIMUM DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.MEMANTAPKAN SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG CEKAP DAN BERKESAN.

2.3           PIAGAM PELANGGAN PSS
2.3.1     Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan mencukupi
2.3.2     Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan berkeadaan baik dengan segera
2.3.3     Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk keperluan atau kegunaan pengguna
2.3.4     Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah
2.3.5     Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan kepada pengguna dari semasa ke semasa
2.3.6     Memberi khidmat, layanan mesra, bersopan dan setiasa peka kepada masalah pengguna
2.3.7     Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan penggunaan PSS kepada pengguna
2.3.8     Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik




2.4           MATLAMAT PSS

2.4.1     Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2.4.2     Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisplin untuk membantu membina sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan agama, bangsa dan negara.
2.4.3     Membantu golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri supaya dapat memainkan peranan yang positif apabila mereka tamat persekolahan.
2.4.4     Merapatkan jurang perbezaan antara kemudahan-kemudahan pendidikan sekolah-sekolah luar bandar dengan sekolah-sekolah di bandar


2.5            OBJEKTIF

Objektif Pusat Sumber Sekolah ialah:

2.5.1     Menguruskan maklumat
PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan pelbagai maklumat.  Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya.  Dengan maklumat-maklumat inilah guru-guru dan para pelajar dapat memperkayakan pengalaman-pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka.

2.5.2     Kecemerlangan pendidikan
Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik dikalangan pelajar-pelajarnya.



2.5.3     Penggunaan kemudahan
Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.

2.5.4     Memupuk Tabiat Belajar
Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat membantu memupuk tabiat belajar sendiri,  membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

2.5.5     Penghasilan Bahan
Pusat Sumber Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan/ bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

2.5.6     Perkhidmatan Pembelajaran
Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan.  Oleh yang demikian, kakitangannya bukan sahaja mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga bagaimana media dapat disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berkesan.  Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan.  Ia boleh diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual, dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks antara kakitangan media dengan guru-guru dan para pelajar.

2.5.7     Kemahiran Maklumat
Pusat Sumber Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.

2.6           FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

2.6.1     Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum
2.6.2     Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.6.3     Merupakan tempat penyimpanan bahan P & P untuk digunakan dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.
2.6.4     Memberi panduan dalam mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
2.6.5     Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi-agensi lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
2.6.6     Menggalak dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
2.6.7     Menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran belajar secara pembelajaran kendiri.
2.6.8     Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
2.6.9     Membuat perancangan supaya koleksi bahan selaras dengan keperluan semasa serta terkini dalam bidang pendidkan dan teknologi.
2.6.10  Menyediakan rakam-salin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.









No comments:

Post a Comment