Bilik Akses



Apakah itu Pusat Akses Sekolah?


Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

VISI
Mewujudkan Pusat Akses Canggih Sebagai Sumber Ilmu dan Maklumat Untuk Kecemerlangan Pendidikan Insan Menjelang 2020.
MISI
  • Menjadi penggerak dalam melahirkan warga sekolah yang berilmu, berwawasan dan sentiasa meningkatkan pengetahuan melalui pengetahuan ilmu dan maklumat.
  • Menggalakkan dan memperhebatkan penggunaan teknologi untuk menimba ilmu.
  • Meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan Pusat Akses.
  • Membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (Self Access Learning).


MATLAMAT PUSAT AKSES
  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah.
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid.
  • Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

OBJEKTIF PUSAT AKSES SEKOLAH
  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.




PERATURAN PUSAT AKSES (SEMASA)

Masa bagi setiap pelajar/pengguna menggunakan komuter ditetapkan 1 jam satu sesi.

Satu PC hanya untuk satu orang pengguna, tidak boleh berkongsi.

Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang terdapat di belakang komputer, atau membuka tudung komputer.

Disket atau pen drive yang dibawa masuk hendaklah diimbas (scan) terlebih dahulu.

Dilarang melayari laman web yang tidak berkaitan dengan P&P khususnya yang berunsur lucah, ganas, hiburan (games, movie, muzik) seperti laman web berkaitan dengan muzik dan sebagainya.

Kemudahan mencetak bahan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru bertugas terlebih dahulu.

Sebarang kerosakan mesti dilaporkan kepada guru bertugas.
















PERATURAN PUSAT AKSES (SEBELUM)
1 Pelajar/pengguna hendaklah membuat tempahan sehari seblum menggunakan komputer di pusat akses sekolah.
2 Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam bilik akses.
3 Dilarang membawa sebarang cakera milik persendirian ke dalam bilik akses kecuali dengan kebenaran guru Penyelaras Pusat Akses Sekolah.
4 Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan bilik akses untuk mengesan setiap pengguna bilik akses.

PERATURAN PUSAT AKSES (SELEPAS)
1 Pelajar / pengguna perlu menutup komputer (shut-down) dengan langkah-langkah yang betul.
2 Dilarang membawa keluar daripada bilik sebarang perkakasan/perisian komputer milik Pusat Akses Sekolah.
3 Pengguna bertanggungjawab memastikan kebersihan dan kekemasan sebelum meninggalkan bilik akses.

Carta Organisasi AJK Induk Bilik Akses